Saturday, October 07, 2006

isi terakhir..

Isi terakhir:

Walaupun punca-punca utama fenomena ngeri ini agak jelas terpapar, namun salah satu isu hangat yang telah menjadi buah mulut semua strata masyarakat sekolah dan telah mengundang banyak kontradiksi dalam kalangan pelajar ialah ketepatan frasa-frasa yang ditulis oleh pelajar tersebut. Yang menjadi percaturan minda semua sekarang ialah bagaimanakah pelajar itu dapat mengambil tahu tentang frasa-frasa yang digunakan oleh guru-guru yang tidak mengajarnya khususnya guru-guru moral? Mungkinkah rata-rata pelajar turut bersalah dalam hal ini? Mungkinkah gelagat pelajar-pelajar yang mengulangkan frasa-frasa yang digunakan oleh guru berkaitan dijadikan inspirasi oleh penulis "golden quotes" dalam menghasilkan karyanya? Sebelum kita mengsyaki orang lain, bukankah kita patut merenung tindakan kita sendiri? Dalam usaha kita menjernihkan kekeruhan yang telah dibawa oleh kejadian yang mengaibkan ini, modus operandi yang sinergi and berkesan haruslah difikirkan dan dipraktikan oleh semua pihak agar kejelikan ini dapat diperangi hingga ke akar umbi.

4 Comments:

At 7:15 am, October 08, 2006, Blogger The SJS DM said...

Be that as it may, Pn. Kang pointed out that the teachers weren't oblivious to the fact that students may make fun of them occasionally. What she didn't agree with was putting these weaknesses into print. But I don't deny we are guilty of demeaning them.

 
At 2:22 pm, October 08, 2006, Blogger j@Ve said...

Minda kita sekarang padat dengan persoalan-persoalan yang mungkin tidak akan ada jawapannya. Kemarahan pelbagai pihak tidak akan menemui titik noktahnya. Kebengisan guru dan keberangan para pelajar adalah sukar untuk dipadamkan. Tidak dapat disangkal atau dinafikan bahawa peristiwa hitam ini akan kekal abadi dalam lembaran sejarah yang sebelum ini dipenuhi barisan kata-kata serta memori indah bagi tatapan dan imbauan golongan yang nostalgik.

 
At 4:48 pm, October 08, 2006, Blogger Ah Chan said...

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar lain turut berkait rapat dengan kes ini.Dengar khabar Mohd Hafizul mendapat segala maklumat tentang guru daripada pelajar tingkatan 6.Walau bagaimanapun,kes ini telah meninggalkan kesan terhadap sejarah st joseph dan diharap tidak berlaku lagi pada masa hadapan.Jadikan hal ini sebagai pengajaran kepada semua warga st Joseph untuk berfikir dahulu sebelum bertindak.

 
At 1:04 pm, October 10, 2006, Blogger Fahriee said...

Okay, okay..I get the idea that your command of BM is excellent, Chan..thank you very much..

hehe..jk, man..

 

Post a Comment

<< Home