Friday, October 06, 2006

BENCANA DI SEKOLAH ST JOSEPH,KUCHING

KUCHING,6 Oktober - Satu bencana yang telah meninggalkan sejarah yang amat menusuk di hati berlaku dalam kalangan warga St Joseph,khasnya guru-guru.
Fenomena yang amat tidak diharapkan telah menjadi realiti.Salah seorang pelajar dari tingkatan 5 telah melakukan sesuatu yang kononnya dapat menyumbang kepada majalah sekolah 2006.Pelajar tersebut telah menamakan hasil nukilannya sebagai "Golden quotes for the teachers ", tetapi akhirnya telah menimbulkan rasa amat kurang puas hati dalam kalangan guru-guru di sekolah tersebut."Golden quotes" tersebut dimasukkan dengan pujian serta cara percakapan ataupun frasa seharian mereka.Salah seorang guru di sekolah tersebut telah memberi pandangannya tentang "Golden quotes" tersebut.Beliau mengatakan bahawa hasil nukilan tersebut merupakan satu jenaka yang amat dipandang rendah dan tidak seharusnya dibuat sedemikian.
Selain itu, hal ini tidak harus disalahkan kepada pelajar berkenaan sahaja.Penerbit-penerbit majalah sekolah 2006 juga harus dipersalahkan.Mereka terdiri daripada 6 orang pelajar dari tingkatan 4A.Mereka harus tahu bahawa isu tersebut adalah amat sensitif dalam kalangan guru di sekolah ini.Bukankah penerbit majalah sekolah tersebut mempunyai hak untuk menolak perbuatan ini.Malangnya,mereka gagal berbuat demikian.Akhirnya apabila majalah ini diterbitkan,banyak guru diselubungi dengan kekecewaan bagai terhempas kaca ke batu serta kemarahan yang memuncak setinggi gunung Everest.Sesudah majalah telah diterbitkan,pihak yang terlibat mula berasa kesal atas perbuatan yang kurang baik tersebut.Tiada apa-apa yang boleh dilakukan sekarang kerana nasi sudah menjadi bubur.
Dalam pada itu,mengikut kata-kata sesetengah pelajar sekolah berkenaan,guru yang terlibat dalam jawatankuasa majalah sekolah turut dipersalahkan.Guru tersebut harus menyemak semula kandungan majalah berkenaan sebelum diterbitkan menjadi majalah sekolah dan diagihkan kepada semua warga sekolah tersebut.Sekarang,bilik guru seolah-olah menjadi "gelanggang kebuasan".Dengar khabar,salah seorang guru telah menghentak majalah tersebut di atas mejanya setelah selesai membaca ruangan tersebut.Jelaslah bahawa beliau amat marah terhadap apa yang telah dilakukan dalam majalah sekolah pada tahun ini.
Jadi,hal ini tidak harus berlaku.Perbuatan ini telah meninggalkan sejarah yang amat pahit terhadap sekolah St Joseph,Kuching.Sekarang guru-guru sekolah berkenaan berasa amat malu,dipermainkan,dihina dan dibuat sebagai bahan lucu.Perbuatan ini dapat menjejaskan nama sekolah St Joseph.Siapa yang harus dipersalahkan sebenarnya?Pelajar tingkatan 5 tersebut,6 orang penerbit majalah sekolah atau guru yang bertanggungjawab?

12 Comments:

At 5:06 pm, October 06, 2006, Blogger The SJS DM said...

This is how you write a BM essay on:

Majalah sekolah anda menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar and guru-guru. Ulaskan.

 
At 5:29 pm, October 06, 2006, Blogger Andrew Ho said...

selepas majalah itu diulaskan, I'm really intrested to read thou...hahax

 
At 9:13 pm, October 06, 2006, Anonymous Anonymous said...

Ah Chan for 5A!!!

 
At 11:16 pm, October 06, 2006, Blogger Fahriee said...

Damn, berbakat la you..ahaha...

 
At 3:22 pm, October 07, 2006, Blogger Ah Chan said...

Shaun,it's not ulaskan.It's

Satu fenomena yang tidak disangkakan telah menggemparkan ramai warga st joseph,Kuching.Anda sebagai wartawan diminta untuk menulis satu berita mengenai fenomena tersebut.

Hahhahah.....rasa reporter eh..:p

 
At 5:33 pm, October 07, 2006, Blogger The SJS DM said...

Hahaha, should've let a guy with better BM write the question, but I couldn't resist. Yours is more specific.

 
At 10:16 pm, October 07, 2006, Blogger Ah Chan said...

hey,why not an English version of "sjs magazine 2006" news?hehehehhe....:p...sounds exaggerating!

 
At 11:55 pm, October 07, 2006, Blogger Agan said...

the irony..

 
At 2:15 pm, October 08, 2006, Blogger j@Ve said...

who cares if it's in English or Malay or even Malawian.

at the end of the day, we all still hate the school magazine.

 
At 10:43 pm, October 10, 2006, Anonymous Anonymous said...

Ya la ya la....u so clever la... Y not u become the editor. See how good u are. That (golden quotes) is the most interesting part in the magazine. Dont u know that?!? Its not 'menghina' or wad leh i guess. Without that the magazine might be so dull.

 
At 3:59 pm, October 11, 2006, Blogger Ah Chan said...

You think it's not menghina??Are you a teacher or something?The teachers themselves showed dissapointment for the golden quotes.Many of them told us that the golden quotes are "menghina" and should not be published in the magazine.You don't even know how the teachers feel and you dare to say it's not "menghina"?..hmmm...In content of the magazine,I don't blame the editors.No doubt they did a good job.What I meant is that the editors should reject the golden quotes to be published in the magazine.Jeezz....someone just don't understand what am I talking about and yet accusing people rasa editor.Better think before you say something.

 
At 8:48 pm, October 11, 2006, Blogger The SJS DM said...

I suppose it's only not insulting to you if you're not the one targeted. After all, everything's relative to the observer. But some of us have been editors for last year's magazine.

 

Post a Comment

<< Home